:"))

yaww :) it me nyza kk :) it is ma official bloggerr :"DD jangan nak nuckal-2 at blog nhe :P terutama nak copycat o bla-2 kayy :) tenkiuu , kahshamhamidah

Sunday, March 13, 2011

nieh laa cre-2 spya akue bhgiee :))


1. Hapuskan Si Dia Dalam Hidup Anda

Si dia dah keluar daripada hidup anda. Tetapi anda masih lagi dalam dilema percintaan anda. Lupakan sahaja si dia. Putuskan segala komunikasi dengan si dia, buang jauh segala benda dan perkara yang akan menyebabkan anda mengingati si dia. Sentiasa ingat cinta anda telah berakhir, tetapi hidup anda baru sahaja bermula. Ketahuilah, berakhirnya cinta anda ini bermakna, Tuhan ingin memberi ruang dan peluang yang lebih baik bagi anda.  Go for it!
2. Hargailah Perasaan Anda Dan Luahkan Dengan Seadanya

Selalunya dalam keadaan begini, kita akan cenderung untuk menyembunyikan perasaan kita. Kita berpura-pura menjadi tabah dan kuat, sedangkan hati anda sedang meraung tangisan luka yang dalam. Sebenarnya, tidak salah untuk anda menangis. Laluilah saat ini dengan semula jadi tanpa pura-pura dan takutkan orang di sekeliling anda. Semakin anda menyedari realiti dan menyelami perasaan anda mengenai berakhirnya cinta anda ini, semakin cepatlah anda boleh melupakan cinta lama anda.
3. Ketahuilah Keadaan Akan Menjadi Lebih Baik

Mulakan dengan mendengar lagu-lagu sedih. Nampak seperti nasihat bodohkan? Tetapi inilah yang sering dilakukan oleh mereka-mereka yang putus cinta. Dengan mendengar lagu-lagu sedih, anda akhirnya akan sedar bahawa bukan anda seorang sahaja yang sedih di dunia ini, ramai lagi insan yang lebih malang. Ketika itulah anda boleh melihat masa depan yang cerah bagi diri anda.
Belajar ilmu dan skill baru. Anda banyak masa sekarang berbanding ketika anda asyik berkepit dengan si dia dulu. Luangkan masa untuk memperbaiki diri anda secara dalaman dan luaran. Tingkatkan penampilan anda. Cuba gaya rambut baru, fesyen baru dan minyak wangi baru. Terserah kepada anda. Yang penting, situasi yang lebih baik sedang menanti anda untuk menggapainya.
Sumber : pkir sndry ehh ,

No comments:

Post a Comment